Shah Alam- Penyanyi, komposer dan pelakon tanahair, Hazama Ahmad Azmi berbangga dan berterima kasih kepada Tourism Perak kerana memberi kepercayaan menyanyikan lagu tema pelancongan negeri Perak.

Katanya, sebagai anak jati kelahiran negeri Seladang ini, beliau berasa bertuah kerana dapat menyumbangkan bakti dalam membantu industri pelancongan negeri Perak menerusi lagu Cintaku Di Negeri Perak.

Lirik lagu hasil sentuhan Ajim Maze yang menggambarkan produk-produk dan destinasi pelancongan negeri Perak, sudah pasti dapat melancarkan aktiviti-aktiviti promosi dengan lebih berkesan kerana liriknya mudah dihafal dan dinyanyikan. Begitu juga susunan gubahan musik oleh Mel Ramlan begitu santai dan boleh diterima oleh semua peringkat genarasi.

Penghasilan video musik juga mengetengahkan konsep kontemporari yang lain dari kebiasaan video musik pelancongan sebelum ini. Video musik ini, menerapkan trend semasa tanpa meninggalkan keunikan dan keistimewaan lokasi serta produk pelancongan di dalam Perak menerusi elemen lakaran animasi grafik.

Tarian dan koreografi musik video ini juga mudah dan bersesuaian dengan halwa telinga generasi muda masa malah semua peringkat usia”, katanya sewaktu ditemubual selepas beliau mempersembahkan lagu tersebut di Majlis Pelancaran Lagu, Video Musik ‘Cintaku Di Negeri Perak’ dan Perak Pass Sempena Perak Travel Fair (PTF) 2022 di Setia City Mall, Sham Alam, di sini semalam.

Lagu ini telah di muat naik ke laman sosial youtube dan kini telah mencecah lebih 500 tontonan sejak dilancarkan semalam. Ia juga akan dipasarkan juga di pelbagai jaringan digital seperti Spotify, JOOX, iTunes, kbox dan pelbagai lagi sebagai mempromosikan negeri Perak.

Turut dilancarkan bersama ialah aplikasi Perak Pass yang boleh diakses menerusi telefon pintar bagi memuat turun tawaran baucar menarik oleh pengusaha dan produk pelancongan selain bertindak sebagai sistem pengumpulan data statistik kemasukkan pelancong ke negeri Perak secara ‘real-time’. - PERAKTASTIC