LANGKAWI – Sektor pelancongan negara nampaknya telah menunjukkan perubahan positif kebelakangan ini dengan berakhirnya tempoh pandemik Covid-19 yang amat memeritkan bagi kebanyakan pemain industri.

Kehidupan harian rakyat juga telah sedikit demi sedikit kelihatan kembali normal.

Penghujung tahun kembali menjadi masa yang ditunggu-tunggu ramai untuk merehatkan badan dan minda.

Ramai ibu bapa juga tercari-cari destinasi percutian menarik untuk anak-anak dan keluarga sebelum bermulanya cuti sekolah lagi.

Pada yang sedang berkira-kira hendak bercuti ke mana bagi menghabiskan cuti tahunan yang mungkin tidak boleh dibawa ke tahun hadapan.

Malah, ramai pasangan yang baru berumahtangga juga sibuk mencari destinasi berbulan madu bagi mencipta kenangan indah memulakan hidup baru.

Salah satu destinasi yang amat terkenal di tanahair ialah Langkawi, sebuah pulau yang penuh dengan daya tarikan dan lagendanya yang tersendiri dan juga lokasi terletaknya Ombak Villa Resort.

“Bagi anda yang baru melangsungkan perkahwinan dan ingin ke Langkawi tetapi masih tercari-cari penginapan dan lokasi bulan madu yang menenagkan, saya mengalu-alukan anda semua ke Ombak Villa Langkawi” ujar Dato’ Faris Yahaya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan M K Land Holdings Berhad.

Menurut Faris lagi, Ombak Villa terletak di Padang Mat Sirat dan hanya 5 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Ia juga terletak hanya 10 minit perjalanan ke Pantai Cenang dan lain-lain tempat menarik di Langkawi.

Terdapat pelbagai pakej menarik telah disediakan untuk para pengunjung menikmati kemudahan dan aktiviti-aktiviti yang ditawarkan oleh Ombak Villa Resort.

Ini termasuk pelbagai pakej bulan madu bagi pasangan mempelai yang baru melangsungkan perkahwinan.

Selain itu, pelbagai menu menarik juga disediakan untuk memenuhi selera dan ini termasuk hidangan steamboat dan grill dan yang paling istimewa hidangan asam pedas ekor lembu yang patut dicuba oleh semua pengunjung termasuk pasangan mempelai.

Dengan kawasan luar yang luas, hijau dan redup, pelbagai aktiviti luar juga boleh dilakukan termasuk penganjuran majlis perkahwinan dalam taman.

Bagi anda pasangan pengantin baru di luar sana, jangan tunggu lagi dan kunjungi Ombak Villa Langkawi.