Ipoh, 23 July – Para pelancongan berpeluang menaiki bas Hop On Hop Off (HOHO) dengan harga promosi sempena pengoperasian semulanya pada 1 Ogos ini.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pelancongan, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata,harga promosi yang ditawarkan itu bertujuan menggalakkan kedatangan pelancongan selain dari  memenuhi permintaan orang ramai yang menanti perkhidmatan ini dimulakan selepas diberhentikan selama enam bulan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita telah memastikan Standard Operating Procedure (SOP) dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ini kerana bagi memastikan semua pelancongan yang menggunakan perkhidmatan bas ini dalam keadaan selamat dari penularan wabak Covid-19.

“Perkhidmatan ini menyediakan tiga buah bas terbuka dan terbahagi kepada dua laluan litar iaitu in-curcuit dan out-circuit .Ianya beroperasi pada hari sabtu dan ahad bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 9.30 malam.

In-circuit melibatkan 12 perhentian. Satu perhentian baru diperkenalkan iaitu di Gunung Lang. Sementara itu out-curcuit kita masih mengekalkan sembilan laluan utama”, katanya pada sidang media sempena lawatan rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Azman Mohd Yusof ke Ipoh, disini, hari ini.

Lawatan Azman ke Ipoh bertujuan melihat dan merasai sendiri perkhidmatan bus HOHO yang berkemungkinan akan dijadikan salah satu produk pelancongan negeri Perlis.

Harga pas promosi hanya ditawarkan kepada kategori dewasa sahaja. Bagi pemegang MyKad dewasa dikenakan RM12 (harga biasa RM20) dan RM10 bagi kanak- kanak, warga emas dan Orang Kurang Upaya OKU. Bagi bukan pemegang MyKad atau pelancong antarabangsa, caj yang dikenakan adalah RM20 (harga biasa RM35) dan RM20 bagi kanak-kanak, warga emas dan OKU.

Sementara itu, tawaran harga istimewa bagi pas dua hari diperkenalkan untuk laluan out-circuit dan caj yang dikenakan adalah RM20 (harga biasa RM35) bagi pemegang MyKad dewasa serta RM20 kepada kanak-kanak, warga emas dan OKU. Manakala caj RM60 (harga biasa RM70) bagi bukan pemegang MyKad atau pelancong antarabangsa dewasa dan kanak-kanak, warga emas dan OKU pula RM35.

Sebarang keterangan lanjut berkenaan maklumat dan tempahan pas bas HOHO, Perak bolehlah melayari laman web Tourism http://www.tourismperakmalaysia.com/content/BX/perak-hop-on-hop-off-bus.