Taiping - Orang ramai dijemput menyertai pertandingan video pendek berdasarkan 15 lokasi pelancongan yang disenaraikan oleh Majis Pembadaran Taiping (MPT).

Peserta harus memilih tiga lokasi yang disenaraikan dan video yang terpilih akan dijadikan video promosi pelancongan Taiping yang akan dipautkan ke pelbagai medium media sosial MPT.

Peserta perlulah menghantar video yang telah disunting bersama 'caption' berserta elemen-elemen produksi yang bersesuaian.

Syarat-syarat pertandingan:

  • Pertandingan ini terbuka kepada semua orang ramai yang berbakat dan kreatif.
  • Jangka masa (durasi) video tidak melebihi empat
  • Untuk keterangan lanjut sila imbas code QR yang disertakan dalam poster.
  • Sila pilih sekurang-kurang tigalokasi daripada senarai yang diberikan.
  • Hasilkan video mengikut kreativiti yangtidak menyalahi norma dan adab.
  • Tarikh tutup penyertaan ialah 10 November 2020 

Pemenang-pemenang akan menerima wang tunai berserta hadiah ekslusif dari MPT.