Batu Gajah- Orang ramai sekali lagi berpeluang menikmati baucer bernilai RM150.00 sempena ulang tahun kedua Geopark Lembah Kinta tahun ini.

Pengerusi Jawatan Kuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, Dato' Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata Geotourism  Vouchers#TravelPerakLah merupakan fasa kedua yang bertujuan membantu merancakkan semula industri pelancongan di negeri Perak.

"Inisiatif terbaru ini menawarkan sebanyak 1050 baucar. Ianya bertujuan menarik lebih ramai pelancong melalui pakage yang disediakan oleh agensi-agensi pelancongan disamping membantu para agensi pelancongan di negeri Perak yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 seluruh Malaysia.

“Geotourism Vouchers #TravelPerakLah ini melibatkan 35 agensi pelancongan di dalam Perak antaranya Persatuan Pelancongan Bumiputra Perak (PPBP) dan Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA).

“Agensi-agensi pelancongan yang berdaftar akan mengetengahkan pakej dan produk terbaru di bawah geopark Perak sebagai destinasi wajib dilawati oleh pelancong”, katanya pada sidang media sempena pelancaran Geotourism Vouchers #TravelPerakLah dan Dark Tourism @ Kellie’s Castle, di sini, malam tadi.

Baucer diskaun bernilai RM150.00 ini boleh didapati di kesemua agensi pelancongan yang berdaftar dan terpilih bermula pada November 2020 hingga Mac 2021. Kadar syarat minimun pembelian pakej bernilai RM299.00 seorang atau pakej tiga hari dua malam di Perak.

Sementara itu, Nolee Ashilin turut mengulas penutupan Taman Teman Lost World Of Tambun akibat penularan Covid-19Perak.

“Penutupan Taman Tema Lost World Of Tambun selama 14 hari adalah kerana menjalankan kerja-kerja pembersihan mendalam susulan seorang pengunjung disyaki positif COVID-19.

“Setakat ini kita tidak sebarang maklumat berkenaan penutupan premis atau produk pelancongan di Perak. Kita mengharapkan semua pihak sentiasa berwaspada dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) agar sektor pelancongan di negeri ini berjalan dengan baik” katanya.