Ipoh- Taman tema Sunway Lost World Of Tambun (SLWOT) kini akan menawarkan pakage promosi bermula dari RM11.00 kepada orang ramai pada 11 Nov 2020 menerusi laman sosialnya. 

Pengurus Besar SLOT, Nurul Nuzairi Mohd Azhari, berkata tawaran ini melibatkan barangan-barangan SLOT termasuk tiket masuk, penginapan hotel dan pelbagai pakej menarik.

“Promosi ini akan disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook (FB) Sunway Lost Of Tambun pada jam 11.00pagi. Pada masa siaran langsung itu kami akan mengumumkan apakah promosi-promosi yang diluar jangkaan yang tidak seharusnya anda tidak lepaskan.

“Orang ramai tidak perlu bimbang sekiranya telah membuat tempahan tiket menerusi promosi ini kerana kita akan melanjut tempoh sah tiket sehingga 18 bulan, memandangkan situasi Covid-19 yang sukar diramalkan. 

“Kami akan sentiasa meneruskan usaha kreatif ini demi menghargai pelanggan setia SLOT terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah diumumkan oleh Kerajaan bagi bersama-sama memastikan usaha pemutusan rantaian pendemik Covid-19 dapat dilaksanakan dengan berkesan”, katanya dalam satu kenyataan media hari ini.