IPOH- Pengarah Eksekutif Sunway Theme Park (STP), Calvin Ho, menegaskan pihak pengusannya sentiasa memastikan tahap Prosedur Operasi Standard (SOP) dilaksanakan secara terperinci bagi menjamin keselamatan pengunjung.

Menurutnya, taman tema Sunway Lagoon dan Lost World Of Tambun sedang melalui proses disinfeksi secara keseluruhan sebagai persediaan rapi sekiranya kedua-dua taman teman itu beroperasi semula selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Selain kita mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM), kita juga memperketatkan lagi SOP antaranya pengunjung diwajidkan memakai topeng muka eksklusif yang direka khas, memakai pembersih tangan sebelum berinteraksi dengan haiwan dan mencuci tangan dengan sabun di singki yang ditentukan selepas setiap kontak.

“Selain itu kualiti di taman air sentiasa diperiksa secara konsisten setiap 2 jam menggunakan sistem dos automatik untuk mengekalkan kebersihan air kolam pada parameter yang telah ditetapkan.

“Kami sangat mementingkan keselamatan pengujung dengan memastikan semua kakitangan kami melaksanakan SOP tambahan ini dilaksanakan dengan berkesan”, katanya pada satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Calvin Ho menambah pihaknya akan sentiasa memberikan kerjasama penuh dengan pihak berkuasa untuk memastikan kenyakinan pengunjung terhadap SOP di kedua-dua taman tema itu berada pada tahap tertinggi.

“Kami berharap industri pelancongan domestik kembali beroperasi setelah tamatnya PKPB dan wabak pendemik Covid-19 dapat dikekang dengan jayanya”, katanya.