IPOH, 14 Dis– Taman tema Lost World Of Tambun (LWOT) akan dibuka semula kepada umum pada 19 Disember 2020 ini.

Pengurus Besar LWOT, Nurul Nuzairi Mohd. Azahari berkata menerusi satu kenyataan media hari ini berkata pembukaan semula LWOT sememangnya dinantikan oleh orang ramai terutamanya kanak-kanak untuk kembali bercuti bersama keluarga.

“LWOT telah bersedia dari pelbagai aspek keselamatan pengunjung. Kita telah memperkenalkan slogan ‘State Of Play’ yang bertujuan menitik beratkan perlaksanaan garis panduan keselamatan kepada pengunjung terutamanya pematuhan Prosedur Operasi Standard SOP. 

"Kami berharap sebelum kita melangkah ke tahun baru 2021, berkunjunglah ke LWOT terutamanya warga Perak untuk berhibur di taman tema kami. Keselamatan anda adalah keutamaan kami untuk anda berhibur dengan tenang dan gembira. 

“Orang ramai adalah dinasihatkan untuk menempah ataupun membeli tiket di atas talian iaitu di laman web rasmi Lost World Of Tambun di samping dapat menikmati pelbagai tawaran menarik”, ujarnya. 

Menurutnya pihak pengurusan LWOT sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pelbagai usaha menambah baik taman tema khususnya di Petting Zoo.

“Kita telah menambah baik suasana taman tema termasuk kebersihan pada semua kawasan. Tujuan utama adalah untuk menambah keceriaan taman tema disamping meningkatkan keyakinan dan keselamatan pengujung. 

“Para pengunjung juga boleh menikmati rebat istimewa sehingga 40 peratus bagi penempahan bilik di laman www.sunwaylostworldoftmbun.com.