Gopeng- Pengajuran R4 Perak Slalom Carnival X, Kampar River Fest 2021, mengakhiri kesuraman sukan lasak yang terhenti semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Perumanan Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata walaupun sukan lasak ini kembali memeriahkan kembali sungai Kampar namun prosedur Operasi Standard (SOP) tetap dipatuhi bagi mengelakkan penyebaran wabak COVID-19.

“Ini merupakan acara ekopelancongan yang diminati ramai tatapi ianya dapat mempromosikan Geopark Lembah Kinta di peringkat antarabangsa, memandangkan Kampar merupakan salah satu daerah yang mempunyai geosite di dalam Lembah Kinta.

“Acara yang dijalankan secara langsung dan tertutup tanpa penglibatan penonton ini diharap dapat dijadikan sebagai titik permulaan yang positif untuk industri dan motivasi bagi river quide dan raiters khusus di Perak dan Malaysia amnya.

“Setakat ini antara lokasi tumpuan yang menjalankan aktiviti rakit redah jeram termasuklan di Gopeng di sini daeran Selama dan Ulu Slim di Tanjung Malim. Kerajaan negeri telah memohon peruntukkan RM4.5 juta, bagi tujuan pembangunan lata di daerah Selama yang kaya dengan keindahan kawasan-kawasan air terjun, seterusnya mengembangkan sektor ekopelancongan di Perak”, katanya kepada pemberita selepas melakukan pelepasan kepada peserta-peserta, di Kem Razila, Gopeng, semalam.

Acara yang dianjurkan Tourism Perak dengan kerjasama RADAK Adventure diterajui oleh Mohd Hasrol Khamis@Mahmadini. Sebanyak tujuh kumpulan  yang terdiri daripada seluruh daerah di negeri Perak.

Tempat pertama dimenangi oleh kumpulan Rex Senior dengan masa catatan 46:29:24; kedua kumpulan Rex Junior (50:44:29); ketiga kumpulan Rex Men Open (51:08:70); keempat kumpulan Semut Merah (52:39:49) dan kelima kumpulan Rapid Quest (54:46:34).

Pemenang tempat pertama menerima piala dan mock cek RM1600, kedua RM1200, ketiga RM800, keempat RM500 dan kelima RM400.

Hadiah disampaikan oleh ketua Eksekutif Tourism Perak ,Nurmalis Musa.