MELBOURNE - Terkesan namun penuh pengharapan.

Sebelum wabak Covid19 melanda, Melbourne berada pada kedudukan teratas dalam senarai bandar paling ‘hidup’ di dunia  dan merupakan pusat bandar yang paling berkembang pesat  di Australia.

Bagaimanapun, ketika bandar-bandar besar lain bertarung dengan penularan wabak menerusi pemberian vaksin, kebanyakan kedai di Melbourne tetap ditutup, penduduk berada di rumah sebelum jam 9 malam dan kota yang biasanya sibuk, telah diberikan jolokan nama baru iaitu Bandar darurat paling lama di dunia.

Hari ini, Jumaat 22 Oktober, setelah 262 hari, Melbourne  menamatkan perintah kawalan pergerakannya dengan penuh semangat dan menaruh harapan yang tinggi agar semuanya pulih seperti sediakala.