Dubai - Penyertaan deligasi Kerajaan Negeri Perak yang disertai bersama agen pelancongan ke Ekspo Dubai 2021 membuka ruang pemasaran produk pelancongan tempatan kepada negara Timur Tengah.

Ketua Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa berkata usaha Kerajaan Negeri Perak untuk menarik lebih ramai pelancongan ke negeri Perak pada tahun 2022 akan mencapai matlamat menerusi promosi produk pelancongan baharu yang diperkenalan.

Negeri Perak merupakan antara tiga negeri terbaik dan konsisten menerima kedatangan pelancong dalam negeri tertinggi sejak tahun 2015. Perak menduduki tempat kedua selepas Selangor.

Laporan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2015 negeri Selangor menerima seramai 13.2 juta pelancong dalam negeri sementara negeri Perak seramai 4.9 juta pelancong singgah bermalam di negeri Perak.

Saya yakin bahawa penyertaan agen-agen pelancong di ekspo ini dapat menjalinkan hubungan baik diatara pengusaha pelancongan lain dan para pengujung dalam mempromosikan produk-produk baharu negeri Perak seperi Maze garden@TT5, Tapak Warisan, Ipoh Riverwalk dan Kuak Hill Resort di Lembah Lenggong,” katanya sewaktu membaca teks ucapan mewakili Menteri Besar Perak di Pavillion Malaysia, Ekspo Dubai 2021, semalam.

Lima agen pelancongan yang turut serta ialah Suka Jaya Travel & Tours Sdn. Bhd., Aidil Travel & Tours Sdn. Bhd., Kurma Travel & Tours Sdn. Bhd. and De Voyager Global Tours Sdn. Bhd. Dan Punsu Travel & Tours dan Aidil Travel.

Hadir sama Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin @ Md Daud, Ketua Eksekutif MB Inc, Anuar Zainal Abidin dan Pengerusi Media Hub, Dr. Abdulrahim Abdulwahid.

Menerusi teks ucapan itu juga, Nur Malis turut menyentuh tentang Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Fasa II di mana Kerjaaan Negeri Perak telah memperuntukan RM10.84 juta bagi menaikan semula sektor pelancongan di Negeri Perak.

Belanjawan itu akan digunakan untuk menaiktaraf insfrastruktur produk pelancangan, Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) dengan elaun untuk pemandu pelancong,

Selain itu, menawarkan baucer pelancongan fasa l, ll dan lll #Peraktravellah kepada pengendali hotel, pemilik produk pelancongan dan agensi pelancongan dan lain-lain lagi.

Pemain industri pelancongan yang lain juga disediakan peruntukan sebanyak RM1.03 juta sebagai insentif pertama bagi membantu mereka yang terkesan sewaktu pandemik COVID-19 ,” katanya.