KUALA LUMPUR - AEON Co (M) Bhd dan AEON BiG (M) Sdn Bhd. mengumumkan kenaikan gaji minimum RM1,500 sebulan berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.

Kenaikan gaji minimum sebanyak RM300 ini untuk pekerja Gred G yang sebelumnya menerima RM1,200 sebulan.

AEON Malaysia dalam kenyataannya berkata, ia sentiasa mengutamakan kebajikan pekerja dan menyambut baik saranan Kementerian Sumber Manusia.

"Sehubungan dengan itu, tarikh berkuat kuasa gaji minimum oleh AEON Malaysia adalah lebih awal dari tarikh yang disyorkan oleh kerajaan iaitu sehingga hujung tahun 2022," katanya,

AEON Malaysia disokong oleh kira-kira 13,000 pekerja di seluruh negara daripada pelbagai gred.

Kali terakhir gaji minimum yang dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020, dengan peningkatan daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan ketika pembentangan Bajet 2020.