KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai penuh Kabinet kerajaan perpaduan di bawah pimpinan beliau. Berikut adalah senarai nama dan jawatan yang telah ditetapkan:

* Datuk Seri Anwar Ibrahim: Perdana Menteri Dan Menteri Kewangan

* Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi: Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah

* Datuk Seri Fadillah Yusof: Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Perladangan Dan Komoditi

* Loke Siew Fook: Menteri Pengangkutan

* Mohamad Sabu: Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan

* Mohd Rafizi: Ramli: Menteri Ekonomi

* Nga Kor Ming: Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan

* Datuk Seri Mohamad Hasan: Menteri Pertahanan

* Datuk Seri Alexander Nanta Linggi: Menteri Kerja Raya

* Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail: Menteri Dalam Negeri

* Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz: Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

* Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin: Menteri Pendidikan Tinggi

* Chang Lih Kang: Menteri Sains Dan Teknologi

* Datuk Seri Nancy Shukri: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

* Datuk Seri Salahuddin Ayub: Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup

* Datuk Seri Azalina Othman: Menteri Undang-Undang Dan Reformasi Institusi

* Nik Nazmi Nik Ahmad: Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim

* Datuk Ewon Benedick: Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi

* Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir: Menteri Luar Negeri

* Datuk Seri Tiong King Sing: Menteri Pelancongan

* Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil: Menteri Komunikasi Digital
* Fadhlina Sidek: Menteri Pendidikan

* Ago Anak Dagang: Menteri Perpaduan Negara

* Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar: Menteri Agama

* Yeoh Tseow Suan: Menteri Belia Dan Sukan

* Sivakumar A/L Varatharaju Naidu: Menteri Sumber Manusia

* Dr Zaliha Mustafa: Menteri Kesihatan

* Armizan Mohd Ali: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Dan Sarawak)

Senarai penuh barisan Kabinet diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi untuk perkenan agar lantikan segera dapat dilaksanakan.

Barisan Kabinet akan dipanggil ke mesyuarat khas Isnin ini untuk penetapan peraturan-peraturan baharu.