Putrajaya: Kementerian Pendididikan Malaysia (KPM) mengambil pendekatan melaksanakan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) selama dua minggu selepas cuti perayaan Aidil Fitri, Mei ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md. Jidin berkata tarikh cuti hari raya Aidil Fitri akan bermula 7 hingga 15 Mei 2021 untuk Kumpulan A. Manakala kumpulan B,  akan bercuti pada 8 hingga 16 Mei 2021.

"Cuti Hari Raya Aidilfitri akan bermula pada hari Selasa, 11 Mei 2021. KPM telah membuat ketetapan bahawa sekolah bagi Kumpulan A akan mengambil cuti peristiwa atau cuti ganti pada 9 & 10 Mei 2021 manakala sekolah dalam Kumpulan B akan mengambil cuti tersebut pada 10 Mei 2021.

"PDPR bertujuan mengurangkan risiko jangkitan yang mungkin berlaku di luar sekolah semasa musim perayaan dan bakal meningkatkan jangkitan di institusi pendidikan di bawah KPM," katanya melalui kenyataan di laman Facebook  sebentar tadi.

Empat negeri yang termasuk dalam kumpulan A ialah Negeri Kelantan, Johor, Kedah dan Terengganu. Kumpulan B pula ialah Perlis, Perak, Pahang, Sabah, Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Putrajaya.

Menurutnya selepas cuti hari raya Aidilfitri, PDPR akan bermula  pada  16 hingga 27 Mei 2021 bagi kumpulan A. Manakala 17 hingga 28 Mei 2021 bagi kumpulan B .

"Justeru cuti pertengahan tahun akan bermula pada 28 hingga 12 Jun  2021 bagi kumpulan A. Seterusnya 29 Mei hingga 13 Jun 2021 bagi kumpulan B.

"Murid dijangka akan kembali ke sekolah pada 12 Jun 2021* bagi kumpulan A dan 13 Jun 2021 bagi kumpulan B," ujarnya.- Peraktastic.