DUBAI- Datuk Bandar Ipoh, Rumaizi Baharin@ Md Daud menandatangani tiga Memorandum Persefahaman (MoU) di Dudai bersempena Ekspo Dubai 2020 yang sedang berlansung kini.

Perjanjian MoU itu melibatkan antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan Chang Jiang International Sdn. Bhd. (Bandar Kopi Ipoh), Mansion Machinery Sdn. Bhd (Tasik Cermin Pelancongan Eko & Agro) dan Evergreen Monies Sdn. Bhd (Pelancongan Eko).

Datuk bandar berkata MoU yang ditandatangi itu, bertujuan memantapkan lagi sektor pelancongan di negeri Perak khasnya Bandaraya Ipoh.

Pada tahun 2022, MBI akan melancarkan beberapa produk pelancongan baharu antaranya, Riverwalk di Persisiran Sungai Kinta, 'Light & Sound' di Padang Ipoh, Tasik Cermin di Gunung Rapat, Ampitheatre di Taman DR Seenivasagam serta Geotrail di Gunung Masoorat.

Dalam masa yang sama, antara program lain telah dirancang untuk bulan Januari 2022 seperti Program Art in The City hasil kerjasama antara MBI, CENDANA & Tin City.

Saya yakin dan percaya menerusi Ekspo Dubai 2020 ini, kita dapat mempromosikan produk pelancongan negeri Perak kepada 192 negara. Antara produk pelancongan Bandaraya Ipoh yang mampu menarik kunjungan pelancong ialah Kinta Riverwalk, TT5 Tin Dredge dan Ipoh Taman Geo,” katanya selepas menandatangi MoU di Majlis Perasmian Hari Perak Pavillion Malaysia di Expo Dubai 2021, hari ini.

Hadir sama Ketua Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa.

Majlis Perasmian Hari Perak Pavillion Malaysia ini telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Dato’ Seri Nancy Shukri.

Espo Dubai 2020 berlangsung selama 6 bulan dari 1 Oktober 2021 sehingga 31 Mac 2022. Setakat ini, sejumlah 2.9 juta pengunjung dari seluruh dunia telah mengunjungi ekspo tersebut. 


Rumaizi turut berharap promosi pelancongan akan menarik kehadiran lebih 50% pelancong ke Bandaraya Ipoh selaras dengan sasaran Kerajaan Negeri Perak untuk menarik kehadiran 14 juta pelancong pada tahun 2022.

MBI akan terus menyokong Kerajaan Negeri Perak menerusi Tourism Perak untuk merialisasikan matlamat 14 juta pelancongan sepertimana yang nyatakan oleh EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, Dato’ Nolee Ashiln Muhammad Radzi dalam Sidang DUN baru-baru ini,” ujarnya.

 

ends//