IPOH – Bintang YouTuber yang sedang mencipta populariti, Sugu Pavithra sekali lagi menarik perhatian peminat-peminatnya apabila buat pertama menampilkan sosok dirinya yang berbeza.

Pavithra, yang dikenali menerusi kemahiran memasaknya muncul bergaya persis seorang model profesional yang dirakam secara eksklusif oleh portal majalah gaya hidup dalam talian, Pepatung.

Pepatung yang menemui pembacanya sejak enam tahun lalu merupakan e-majalah yang sarat dengan paparan-paparan berita gaya hidup, fesyen menarik dan eksklusif.

Gambar Pavithra yang bergaya menawan ini telah mencuri perhatian warga maya selepas dimuat naik ke Internet oleh jurusolek, Razzi Musa.

Artikel bertajuk ‘Sensasi Sugu Pavithra’ ini ditulis oleh editor majalah ini, Alif Ashburn yang sebelumnya pernah bertugas di akhbar Kosmo!

Turut menjayakan sesi fotografi dan temubual eksklusif ini ialah Pino selaku jurugambar; Nabil Hussin (juruvideo); Razzi Musa (jurusolek); Zul Herizal (penata gaya); Fazizi (pembantu fotografi) dan Omar Benjamin Fahmy (grafik).

Menariknya, busana yang digayakan Pavithra antaranya hasil rekaan Bernard Chandran, Rizman Ruzaini dan Gayathri Silk Sarees.

Difahamkan, proses menjayakan sesi fotografi ini mengambil masa kira-kira dua minggu antara tim Pepatung melibatkan sesi perbincangan hingga penggambaran.

Alif dan tim Pepatung juga telah bermalam di Sungai Siput, Perak bagi menjayakan sesi eksklusif tersebut.

Idea dan konsep yang dipaparkan pula adalah hasil perbincangan dengan jurugambar, penggaya dan jurusolek.