IPOH – Hari terakhir sambutan Aidiladha terus diraikan apabila sebanyak tujuh ekor lembu dikorbankan warga Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Persatuan Kebajikan Islam MBI (Perkip) hari ini.

Program yang diadakan di pekarangan tempat letak kereta MBI itu berlangsung mengikut pematuhan yang ditetapkan.

Datuk Bandar, Datuk Rumaizi Baharin berkata, program yang berlangsung sederhana tetapi meriah itu melibatkan para petugas pelbagai jabatan MBI.

“Program yang bermula jam 8.30 pagi itu melibatkan 49 peserta korban dan tujuh ekor lembu.

“Proses melapah dan memotong daging dilakukan oleh  sukarelawan yang telah ditetapkan bagi menjaga jarak fizikal,” ujarnya di sini, hari ini.

Rumaizi kemudian telah menyempurnakan agihan daging korban tersebut kepada kira-kira 300 orang petugas MBI.