SLIM RIVER : Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz, menang dengan majoriti dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) seterusnya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Mohd Zaidi meraih 13,060 undi menewaskan dua calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (2,115 undi) dan Santhara Sekaran Subramaniam, yang memperoleh 276 undi.

Mohd Zaidi memperoleh majoriti 10,945 undi berikutan 68.4 peratus keluar mengundi daripada 23,094 pengundi keseluruhan, dengan 327 kertas undi pula ditolak.

Keputusan penuh PRK DUN Slim itu diumumkan Pegawai Pengurus pilihan raya, Shamsul Ridzuan Idris di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim.

PRK Slim diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, pada 15 Julai lalu.