IPOH: Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mempersembahkan nama pemimpin dari UMNO kepada Sultan Perak bagi mempertimbangkan calon menteri besar Perak.
Beliau berkata demikian selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini hari ini.
“Saya akan menyerahkan nama calon kepada baginda secepat mungkin. Semua keputusan tertakluk kepada tuanku.
"Namun saya kena memuktmadkan perbincangan dahulu dengan beberapa pihak,” katanya.
Ahmad Zahid juga memaklumkan UMNO tidak menafikan kemungkinan mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) termasuk DAP bagi membentuk kerajaan negeri baharu di Perak.
*Keputusan Pas dan Bersatu yang tidak menyokong pembentukan kerajaan baharu di negeri ini mendorong UMNO membuat satu pendekatan bagi menentukan pembentukan kerajaan baharu.
"Namun pendekatan yang diambil itu tertakluk kepada keputusan muktamad parti", ujarnya.