Kuala Kangsar, 10 Dec- DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nadzrin Muizuddin Shah mengingatkan pemimpin politik agar tidak memandang ringan terhadap tanggung jawab dan amanah yang diberi.

Menurut baginda, istiadat perlantikan Menteri Besar kali ketiga ini telah mencatatkan sejarah baharu yang tidak pernah berlaku dalam sesuatu penggal Dewan Negeri sebelum ini.

“Perkara ini bukanlah sejarah yang mahu dibanggakan, perkara yang berlaku akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan.

“Kegagalan kepimpinan dalam kalangan ahli-ahli politik mendapat jaminan sokongan padu secara konsisten untuk membolehkan fikiran dan tenaga ditumpukan mentadbir urus negeri secara terbaik bagi kepentingan rakyat”, titah baginda selepas Istiadat Perlantikan Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, di sini hari ini.

Baginda juga mahukan sebuah negeri yang aman lagi makmur, dengan pemerintahan yang melaksanakan keadilan dan membina kerukunan, agar rakyat hidup dalam semangat saling menghormati penuh harmoni.

Pemimpin juga diseru supaya menumpukan perhatian dikalangan rakyat berpendapatan rendah akibat kesan pendemik Covid-19 dimana kebanyakan rakyat telah kehilangan pekerjaan dan hidup dalam kemiskinan.

“Rakyat meletakkan harapan bahawa anda akan dapat membantu untuk menambah baik kawasan tempat tinggal mereka, membantu menyediakan pelbagai keperluan perkhidmatan, membantu meningkatkan taraf ekonomi mereka, serta membantu memenuhi sebanyak mungkin keperluan sosial mereka”, titah baginda.

Datuk Saarani Mohamad dilantik sebagai Menteri Besar ke 14 setelah mendapat perkenan Sultan Perak berdasarkan menjori mudah dari Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) semalam.

End//