Kuala Kangsar, 10 Des- Seramai lima orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di hadapan DYMM Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Nadzrin Shah di Istana Iskandariah pada jam 2.45 petang, di sini, hari ini.

ADUN Sungai Manik , Dato’ Zainol Fadzi Paharudin; ADun Lintang, Dato’ Mohd Zokafly Harun; ADun rungkup, Dato’ Shahrul Zaman Yahya; ADUN Kampung Gajah, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin dan ADUN Bota, Encik Khairul Shahril Mohamed.

Terdahulu Datuk Saarani Mohamad telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke 14 yang telah berlangsung sebelah pagi tadi.