IPOH- Menteri Besar Dato’ Saarani Mohamad bakal membentangkan buget 2020 negeri Perak dalam sidang dewan negeri Rabu ini. 

Beliau telah mengadakan mesyuarat Exco pertama yang diketuai olehnya pagi tadi bagi memperhalusi kembali buget 2020 untuk mendapat persetujuan dari lima Exco yang telah dilantik. 

“Pagi ini kita membentangkan semula cadangan buget yang sebelum ini telah pun dibentangkan dan diluluskan oleh kerajaan yang lama.

“Setelah diperhalusi serta dipersetujui oleh lima orang exco maka kita akan memaklumkan kepada speaker negeri bagi membolehkan buget tersebut dibentangkan dalam sidang dewan negeri pada petang hari rabu ini’, katanya pada sidang media di pejabat Menteri Besar, di sini, hari ini.

Menurutnya isu pendemik covid- 19 adalah sebahagian dari inti pati utama buget yang akan dibentangkan bagi membantu membaik pulih semula ekonomi terutamanya kepada usahawan negeri Perak.

“Buget yang akan dibentang dan digulungkan oleh saya nanti adalah buget yang akan digunakan oleh kerajaan negeri pada tahun 2021. Ini bertujuan membangunkan ekonomi dan pembangunan negeri agar dapat membantu penjanaan ekonomi semula. 

“Ini juga memberi peluang kepada usahawan-usahawan untuk bangkit semula daripada kejatuhan mereka akibat krisis pendemik Covid-19 yang masih belum berakhir sehingga kini”, ujarnya.