IPOH- Menteri Besar, Dato’ Saarani Mohamad menegaskan “tiada pemotongan queue” bagi pemberian vaksin Covid-19 di peringkat negeri Perak.

Saarani berkata pemberian vaksin Covid-19 kepada barisan hadapan kerajaan  menunjukkan kesediaan pemimpin dan  tauladan yang baik kepada rakyat.

“Di negeri Perak tiada pemotongan queue berlaku, malah hari ini selain saya bersama 10 orang exco termasuklah juga para petugas barisan hadapan yang bertugas di pejabat-pejabat kesihatan dan makmal-makmal kesihatan sekitar daerah Kinta menerima suntikan vaksin Covid-19.

“Berbagai-bagai tafsiran di dengar dari orang ramai yang mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Khairy. Sebenarnya beliau cuba untuk memahami pandangan rakyat dan beliau bermaksud pemberian vaksin haruslah dilakukan secara berselang seli diantara jentera kerajaan dan para barisan hadapan. Disinilah menampakkan keadilan yang dimaksudkan oleh beliau.

“Oleh itu saya berharap orang ramai lebih baik menuruti apa yang telah disarankan oleh kerajaan. Setiap apa yang dilaksanakan oleh kerajaan mempengaruhi keputusan yang baik untuk semua”, katanya pada sesi soal jawab selepas sidang media di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Indera Mulia, di sini, hari ini.

Beliau mengulas demikian berhubung kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin. Di laman sosial twitternya, menyatakan ada sesetengah negeri ‘potong queue’ ataupun mengutamakan barisan exco dan dianggap satu tidakan yang tidak adil. - Peraktastic. Foto Ehsan SUK.