IPOH - Seramai 25 Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) termasuk Datuk Bandar Ipoh mengangkat sumpah di Dewan Mesyuarat MBI, di sini, semalam.

Majlis yang diadakan secara tertutup itu dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sepertimana yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mereka yang dilantik terdiri daripada beberapa komposisi parti politik iaitu Barisan Nasional (BN), 12; Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), tujuh; Parti Islam Semalaysia (PAS), lima; dan Datuk Bandar, satu.

Kesemua Ahli Majlis akan berkhidmat mulai 1 Mei tahun ini sehingga 30 April 2023.

Berikut adalah mereka yang dilantik menjadi Ahli Majlis MBI iaitu Mahader Ahmad Mohammad Ayob, Mazlan Abd Rahman, Abu Bakar Hussian, Nor Afzainizam Salleh, S Jaya Ganesh, Azmi Murad Mohamad Yusof, Mohammad Iskandar Abdul Rahman, Mohammad Sharif, Puteri Holijah Muhamad Rali, Dr. Richard Ng, A Ganesan, Khoo Boon Chuan, Ho Wai Mun, M S Jayagopi, Azizul Kama Abd Aziz, Kamarulzaman Abdullah, Mohamad Annuar Baharudin, Datuk Ahmad Hariri Kamarudin, Norul Huda Ahmad Nator, Datuk Mohd Nasri Shaari, Chan Soon Yip, Mohd Rafaad Razalli, Syed Mohd Noor Hisam Syed Hassan and G Thilak Raj.

Hadir sama pada majlis tersebut, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud.