IPOH- Pusat Perubatan Ar-Ridzuan (PPAR) adalah pusat dialisis swasta pertama di negeri Perak bagi suntikan vaksin Covid-19 kepada pesakit dialisis.

Seramai 67 orang pesakit dialysis telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Perubatan Ar-Ridzuan (PPAR) baru-baru ini.

Pengarah kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming sewaktu lawatannya ke PPAR berkata beliau berpuas terhadap kecekapan persediaan yang dilakukan oleh PPAR.

"JKN telah memilih PPAR sebagai pusat pemberian vaksin Covid-19 kepada pesakit-pesakit dialysis. Tahniah kepada pihak pengurusan PPAR yang telah menyediakan kelengkapan fasiliti secara teratur selain mengutamakan faktor kebersihan.

"Begitu juga prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan menepati kehendak yang telah ditetapkan. Semua ini menjamin keselamatan pesakit-pesakit dialysis  yang menerima suntikan vaksin," katanya dalam satu kenyatan sempena Jabatan Keseihatan Negeri Covid-19 Outreach Programme Vaksinasi Pesakit Hemodialisis di Pusat Perubatan Dialisis swasta Negeri Perak.

Hadir sama Pengurus Besar PPAR Khairul Salleh Abdul Rani.