
IPOH - Berita baik untuk usahawan graduan yang masih tercari-cari peluang untuk mengembangkan perniagaan ke platform yang lebih luas.
Kerajaan Negeri Perak memperkenalkan Program Pinjaman Mikro Kredit kepada usahawan graduan anak Perak untuk membantu mereka yang terbabit.
Untuk mereka yang berminat memohon menyertai program Gradpreneur @ Perak ini, terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti supaya permohonan tersebut dapat dipertimbangkan ke peringkat seterusnya.
Syarat-syarat kelayakan:
1) Berumur antara 18 hingga 59 tahun serta menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Perak.
2) Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia.
3) Lepasan Graduan Peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dari institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Malaysia Qualification Agency (MQA) mulai tahun 2019 hingga 2021 sahaja.
4) Mempunyai Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
5) Menjalankan perniagaan di negeri Perak.
6) Menjalankan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad.
7) Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang-undang Malaysia.
Jadi apa tunggu lagi, rebutlah peluang keemasan yang ditawarkan.
Mereka yang ingin mendaftar sila ke pautan berikut. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScLKu0DlIrutQfWA6B17Okdf8gPzUSaEQJk99N_M3oHH0tzdg/viewform