IPOH – ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ usaha memerangi wabak Covid 19 perlulah dipikul bersama demi mencapai imuniti kelompok terlaksana.

Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Zon 11 (Bercham) Ho Wai Mun berkata dalam rangka cadangannya untuk menubuhkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Aeon Big, Falim.

“Kita telah berunding dengan Pengerusi Perak Chinese Chamber of Commerce & Industry (PCCCI), Dato' Liew Chee Meng dan ahli-ahlinya termasuk wakil daripada Aeon Big berkenaan penubuhan PPV di dalam kompleks tersebut.

“Lokasi ini sesuai dijadikan PPV kerana terdapat pelbagai kelengkapan kemudahan dan ruang yang selesa. Ia juga berdekatan dengan kawasan perumahan dan perindustrian.

“Saya yakin bahawa penubuhan PPV di sini dapat membantu melancarkan lagi proses pemberian vaksin Covid-19 kepada  warga bandaraya kota sekaligus sebagai tanda sokongan kepada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),” katanya pada Peraktastic sewaktu lawatanya di Aeon Big, Falim semalam.

Wai Mun menambah,  kata sepakat telah juga dicapai untuk memanjangkan cadangan berkenaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau, Mohd Akmal Kamarudin.

“Pelaksanaan program seumpama ini, secara tidak langsung mampu mengelakkan berlakunya keciciran dalam kalangan penduduk untuk menerima suntikan vaksin.