TAIPING - Kepulan asap hitam sejauh kira-kira tiga kilometer yang dilihat penduduk setempat rupa-rupanya berpunca daripada kebakaran sebuah kilang kapas dan kain di Kawasan Perindustrian Ringan Tupai di sini.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada pukul 3 petang menyebabkan pekerja segera meninggalkan premis.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.30 petang.

Kata jurucakap itu, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dikerah ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

"Semasa bomba tiba, api sedang marak membakar kira-kira 70 peratus kawasan kilang.

"Kita turut mengarahkan bantuan jentera dan anggota dari BBP Kemunting, BBP Bagan Serai termasul terak penangki dari BBP Kuala Kangsar," ujar jurucakap tersebut

Ketika ini operasi pemadaman masih diteruskan diketuai Ketua BBP Taiping, PKPgB Rafel Hairul.