IPOH- Pengarah Urusan syarikat pemaju Liew Yin Yin Group Berhad (LYYGB) Datuk Seri Don Liew Mun Hon, membuka peluang rakyat negeri Perak khasnya untuk memiliki rumah mampu milik bagi golongan B40 dan M40 dengan kos serendah RM250,000.

Katanya, selaras dengan Dasar Perumahan Mampu Milik yang diutamakan oleh kerajaan sebagai pendekatan untuk meningkatkan kadar pemilikan kediaman sendiri yang selesa.

“Skim perumahan mampu milik yang dibangunkan oleh Cita Hidup Sdn.Bhd. di kawasan Chemor, Perak ini selari dengan hala tuju dasar perumahan Negara dan negeri Perak.

“Menerusi projek perumahan Desa Chemor Megah (DCM), ia terbahagi kepada tiga fasa. Fasa pertama melibatkan 168 unit rumah yang terdiri daripada 152 unit rumah teres setingkat dan 16 unit rumah dua tingkat.

“Untuk fasa pertama, semua unit telah habis dijual. Fasa kedua sedang dibangunkan melibatkan pembinaan rumah teres setingkat sebanyak 146 unit dan sehingga kini 80% telah ditempah.Bagi fasa ke tiga ianya melibatkan 124 unit rumah teres setingkat,” katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Kunci Desa Chemor Megah (fasa1)

Cita Hidup Sdn.Bhd., merupakan anak syarikat LYYGB yang ditubuhkan pada 1978 dan juga merupakan Antara syarikat pembangunan hartanah yang di kenali dan bereputasi lebih 40 tahun.

DCM terletak dilokasi yang strategik antaranya berdekatan dengan Aeon Klebang, Tenby School, Meru Raya dan Lebuhraya Utara-Selatan.

Kepada yang berminat memiliki kediaman di sini bolehlah melayari laman sesawang www.lyy.com.my atau menghubungi terus 012-502 0290.