TAIPING - Majlis Perbandaran Taiping (MPT) membuka semula Kaunter Bayaran Bersepadu di Aras Bumi, Wisma Perbandaran Taiping serta merta kepada orang awam pada hari Isnin hingga hari Khamis bermula 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari & pada hari Jumaat bermula 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari.

Yang Dipertua MPT, Khairul Amir Mohamad Zubir berkata, meskipun kaunter tersebut dibuka kepada orang ramai, MPT mengamalkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat iaitu hanya pengunjung yang lengkap menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 dibenarkan memasuki bangunan MPT.

“Pengunjung perlu menunjukkan Sijil Vaksinasi Digital COVID-19 di kaunter pengawal dan  perlu mematuhi SOP yang sedia ada iaitu memakai pelitup muka, pemeriksaan suhu badan dan mendaftar sebagai pelawat melalui aplikasi MySejahtera,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPT, di sini, pada Khamis.

Beliau juga berkata, sempena pembukaan semula kaunter perkhidmatan, MPT menawarkan pengurangan bagi bayaran kompaun atau notis kesalahan lalu lintas dengan kadar 50% atas kesemua kesalahan lalu lintas yang dikeluarkan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MPT 2004 berkuatkuasa mulai 15 November 2021 hingga 31 Disember 2021.

Selain itu, pembayaran tawaran kompaun boleh dijelaskan di Kaunter Bayaran Bersepadu MPT, urusan pembayaran secara dalam talian boleh dibuat melalui:

Bagaimanapun, tawaran pengurangan ini tidak termasuk bagi kompaun atau notis yang telah dikenakan tindakan mahkamah.