Gopeng - Proven Optimisation Innovative Solutions (POIS) memperuntukan sebanyak RM3.0 juta bagi penjenamaan semula Taman Herba Gopeng yang telah dimulakan pada tahun 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Dato’ Zainol Fadzi Paharudin berkata taman herba milik Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) itu telah melalui fasa pertama dan bakal siap sepenuhnya pada tahun 2022.

"The Treasure @ Taman Herba Gopeng adalah nama baru bagi taman herba ini, Ianya berdasarkan kepada tiga teras utama iaitu pendidikan, pembangunan komuniti dan pemeliharaan alam sekitar.

Saya yakin sekiranya siap sepenuhnya, industri pelancongan di negeri Perak akan lebih meriah dan selain dikenali sebagai argo pelancongan ia juga menyediakan pelbagai aktiviti kekeluarga untuk semua peringkat usia,” katanya pada sidang media sempena Majlis Perasmian Pra Pembukaan The Treasure @ Taman Herba Gopeng hari ini.

Sementara itu Pengarah POIS, Eidia Erriany Abd Rahman berkata antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah akiviti kekeluarga seperti memancing, berkemah dan berbasikal.

Di sini terdapat Petting Zoo yang membolehkan pengunjung tertutamanya kanak-kanak bermesra dengan haiwan-haiwan ternakan yang jinak dan selamat.

Bagi fasa kedua, kita sedang membangunkanprivite villa’ berdekatan tasik dengan pemandangan semula jadi yang cantik dan menenangkan. Sedang dibangunkan juga ‘flaying fox’ yang terpanjang di Perak iaitu sejauh 150 meter merentasi tasik dan ini merupakan tarikan penggemar sukan lasak.

Sebanyak 500 spisis tanaman herba akan memenuhi di tiga laman herba di sini. Fasa pertama ini, menumpukan penanaman herba di bahagian hadapan jalan masuk dan seterusnya melibatkan bahagian belakang yang akan menempatkan ratusan spisis herba dengan kerjasama pihak MARDI, USM dan Kolej Komuniti Mara Lenggong,” katanya.

Majis juga menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) antara Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan The Treasure @Taman Herba Gopeng. Perjanjian telah ditandatangi antara Naib Canselor Universiti Teknologi Petronas, Prof Ts Dr Mohamed lbrahim Abdul Mutalib dan Eidia Erriany.