KUALA LUMPUR - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dilantik menjadi Rakan Usahasama Art In The City 2021.

Acara yang menyajikan pelbagai program seni yang menarik seperti forum, kelas seni, dialog, pelancaran produk seni, festival, serta pameran telah diadakan di Kuala Lumpur serta beberapa lagi lokasi di seluruh negara, bermula 14 Oktober lalu sehingga 28 Disember ini.

Datuk Bandar Ipoh ,Datuk Rumaizi Baharin @ Md. Daud, telah menerima anugerah pelantikan itu yang disempurnakan oleh Menteri Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) , Tan Sri Datuk Seri Annuar Musa, di Ilham Ballroom, Element, Westin Kuala Lumpur, pada Jumaat malam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif CENDANA, Izan Satrina Mohd Sallehuddin,

Program tahunan Art In The City ini adalah usahasama antara beberapa Kementerian serta agensi kerajaan, serta pihak swasta dan diterajui oleh CENDANA sebagai antara usaha penting di bawah Belanjawan 2021 dan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

CENDANA telah diwujudkan untuk memacu Ekosistem Kreatif dengan Memperkasakan Seni, Memperkuatkan Komuniti Kreatif dan Meneraju Menyusun Semula Struktur dan Dasar. Matlamat utama kami adalah agar Malaysia dikenali dengan penggiat-3 seni yang hebat dan sekaligus menjadikan seni budaya sebagai antara pemangkin utama ekonomi negara.

CENDANA diwujudkan dibawah MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (sebuah syarikat milik penuh MOF Inc.) yang melaporkan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Justeru dengan sokongan padu KKMM yang telah dilancarkan pada 30 September lalu dapat menjadi antara usaha strategik bagi memulihkan sektor seni budaya pasca COVID-19 dan menyemarakkan kembali ekonomi kreatif negara.