IPOH - Ipoh International Art Festival (IIFA) 2021 bakal berlangsung selama 16 hari bermula 10 hingga 26 Disember ini dengan menyajikan pelbagai program dan agenda yang menarik khusus untuk pencinta seni.
Pengurus Besar People Of Remarkable Talent (PORT) Nur Hanim Mohamed Khairuddin berkata, festival seni ini adalah kerjasama PORT dengan Kementerian Pelancongan Seni dan Kebudayaan Malaysia, bakal menampilkan kira-kira 50 seniman tempatan dan luar negara bersama karya-karya seni visual moden dan kontemporari.
"Festival kali kedua anjuran PORT ini juga mendapat kerjasama Japan Foundation Kuala Lumpur, Majlis Bandaraya Ipoh, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Tourism Perak.
"Selain itu, ia turut melibatkan persatuan dan kolektif seni seperti Persatuan Pelukis Perak, Persatuan Kesenian dan Kebudayaan Orang Asli Perak, Persatuan Seramik Negeri Perak, Kapallorek Art Space dan Chetak 17," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di sini , petang Selasa.
Hadir sama wakil Persatuan Pelukis Perak, Hirzuan Zulkifli dan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Orang Asli Perak, Ronnie Bahari.
Nur Hanim berkata, acara perasmian bakal disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada jam 9.30 pagi, 11 Disember di halaman PORT yang terletak di Jalan Sultan Azlan Shah di sini.
Beliau berkata, Festival yang bertemakan Budi : Pemanjangan Tradisi , diilhamkan daripada perkataan Sanskrit "Buddi' yang bermaksud untuk menyedarkan, sedar, memerhati iaitu menekankan tentang sikap luhur, rendah diri, bijaksana dan nilai akhlak yang terpuji.
Jelas beliau, kemasukan ke tapak Festival ini adalah percuma bagi semua program selain itu, perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti mewajibkan dua dos vaksin dan pemakaian pelitup mukda serta penjarakan sosial.
Orang ramai yang berminat, boleh mendaftar di lama media sosial PORT , Page Facebook : Ipoh International Art Festival selain boleh menghubungi Pengurus Projek, Mohd Zulhamizan Samsudin di talian 05-2412287/019-4567248 atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..