TAIPING - Pembukaan tahun 2022   telah diserikan dengan kelahiran ahli keluarga baharu di Zoo Taiping & Night Safari.

Anak gajah betina dianggarkan seberat antara 70 hingga 80 kilogram ini, dilahirkan oleh ibunya bernama ‘Kelian’,  pada 1 Januari lalu.

Menurut Yang DiPertua Majlis Perbandaran Taiping, Khairul Amir Mohamad Zubir, Zoo Taiping & Night Safari kini mempunyai sebanyak 11 ekor Gajah Malaysia termasuk anak yang baru dilahirkan ini.

“ Setiap anak Gajah yang lahir akan hidup bersama ibunya lebih kurang 6 hingga 7 tahun manakala tempoh penceraian susu sekitar umur 3 hingga 4 tahun.

“Ini merupakan kelahiran yang kelapan berjaya disambut oleh Zoo Taiping & Night Safari, ” kata beliau.

Katanya lagi, kelahiran ini menjadikan Zoo Taiping & Night Safari sebagai salah satu zoo yang berjaya membiak Gajah Malaysia dengan jayanya.

Jelasnya, pemantauan telah dibuat sepanjang tempoh mengandung gajah tersebut dan sehingga kini penjaga masih lagi memantau keselamatan serta kedua ibu dan anak gajah tersebut.

Dalam pada itu uajrnya, Zoo Taiping Zoo Taiping & Night Safari turut menerima beberapa kelahiran sepanjang tahun 2021 iaitu Rusa Ubi (1), Rusa Bawean (1), Burung Tiong Mas (2), Landak Raya (1) dan Burung Botak Upeh (2).