IPOH- “Saya sebenarnya rasa sedikit kecewa kerana dalam kemeriahan musim perayaan ini, masyarakat seolah-olah tidak menghiraukan prosedur operasi standard (SOP) terutamanya melibatkan kawasan-kawasan sesak dan tumpuan ramai,” keluh Dato’ Nolee Ashilin Mohammed Radzi sewaktu turun padang di Concubine Lane baru-baru ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak mengingatkan pengunjung-pengunjung agar sentiasa mengamalkan SOP secara kendiri bagi mengelakkan penularan COVID-19.

Sekarang kita lihat SOP banyak ditinggalkan oleh masyarakat terumanya di kawasan-kawasan pelancongan, tetapi saya mengarapkan apabila mereka memasuki salah satu premis perniagaan seharusnyalah pemain-pemain industri memainkan peranan untuk mengawasi dan mengingati pematuhan SOP selain mengharapkan pihak penguatkuasa.

Saya akan melihat semula masalah ini bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) samada kita perlu mengambil tindakan yang sewajarnya supaya kesesakkan tidak akan berulang lagi. Sepatutnya di semua kawasan pelancongan perlaksanaan SOP haruslah diperketatkan terutama di kawasan pekan lama kebanyakkannya laluan yang sempit.

Hadir sama, Pengarah Kanan Perkhidmatan, Rohayah Abdul Kadir dan Ketua Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa.

Sementara itu, Nolee Ashilin turut teruja melihat perkembangan perniagaan di Concunine Lane yang dimeriahkan dengan perbagai produk-produk yang sebelum ini tidak dikomersialkan.

Terdapat banyak pertambahan peniaga-peniaga baharu di mana ianya telah memeriahkan lagi lorong bersejarah ini. Kepelbagaian produk tradisional masyarakat melayu contohnya produk kuih bahulu dan rendang tok yang dahulunya hanya boleh didapati di pasar-pasar kini telah dikomersialkan di sini.

Begitu juga permis baharu iaitu Rokiah Kopitiam yang pastinya mampu menarik ramai pelancong-pelancong dari pelbagai bangsa,” ujarnya.

Pemilik Rokiah Kopitiam, Nurul Hadjar Jamaluddin@Jay turut melahirkan kegembiraan kerana berpeluang membuka premis perniagaan yang menonjolkan konsep klasik melayu tradisional dengan mengetengahkan menu-menu masyarakat melayu.

Pembukaan Rokiah Kopitiam di Lorong Concubine Lane ini, memberi keseimbangan kepelbagaian citarasa buat pengunjung-pengunjung. Silalah datang ke Rokian Kopitiam dan alamilah sendiri menu-menu klasik yang disediakan disamping suasana seolah-olah berada di zaman 50-an,” katanya.