Taiping - Yang Di Pertua Majlis Pembandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir memaklumkan pihaknya telah menyediakan tatacara mengunjungi Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS), bagi memastikan pelaksanaan pencegahan COVID-19 berjalan dengan lancar dan berkesan.

Beliau membidas berita yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia pada 11 Februari 2022 melaporkan kegagalan Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) mengendahkan arahan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Anggaran jumlah pengunjung yang dibenarkan di ZTNS dalam suatu masa adalah 50% daripada jumlah ini iaitu 3,750 pengunjung dengan penjarakan 1 meter. Setiap pengunjung berpeluang untuk melawat sekitar ZTNS sekitar dua (2) hingga tiga (3) jam.

Dengan keluasan jarak perjalanan di dalam ZTNS adalah sejauh 2.5 KM, jumlah pengunjung yang boleh berada di dalam Zoo pada setiap masa adalah 7,500 pengunjung (Mengikut jarak dan kelebaran jalan).

Oleh itu, dianggarkan sebanyak 1,250 pengunjung (jumlah maksimum) dibenarkan untuk masuk ke dalam ZTNS dalam tempoh satu jam. Kaunter ZTNS akan menghentikan seketika penjualan tiket ZTNS sekiranya dalam tempoh sejam tersebut bilangan pengunjung mencapai jumlah sebanyak 1,250 pengunjung”, katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Tegasnya lagi, pihak Majlis akan meneliti semula penambahbaikan yang dapat dilaksanakan di beberapa lokasi utama seperti tempat menunggu tram, kaunter saringan dan kaunter tiket pada waktu puncak (peak period) bagi mengelakkan kesesakan pengunjung.

Bagi melancarkan lagi pengurusan, MPT telah menambah bilangan anggota penguatkuasa dalam membantu pengawalan SOP serta memohon kerjasama daripada para pengunjung sendiri dalam pematuhan penjarakan sosial semasa berada di ZTNS”, katanya.