KUALA KURAU - Kerja-kerja menaik taraf Masjid Jamek Kampung Anak Kurau fasa 1 sedang giat dijalankan supaya dapat digunakan pada bulan Ramadan.

Pada masa sama, sumbangan derma atau wakaf tunai menerusi orang ramai masih diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut pada masa yang ditetapkan.

Dermawan yang berhajat boleh menyumbang menerusi akaun rasmi masjid iaitu dalam akaun Bank Rakyat bernombor 1100 1859 47 atas nama Masjid Jamek Kampung Anak Kurau.

Mudah-mudahan amalan mulia tersebut dianugerahi ganjaran pahala dan kebaikan yang berlipat kali ganda.