IPOH - Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah menetapkan 1 April ini bersamaan 29 Syaaban 1443 Hijrah sebagai tarikh melihat anak bulan Ramadan.

Ia bagi menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia.

Tempat melihat anak bulan Ramadan dilakukan melibatkan 29 lokasi seluruh negara.

Bagi Perak, lokasinya adalah di Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong.

Mengikut kalendar Islam, hari ini yang merupakan 21 Syaaban bermakna umat Islam menghampiri 10 hari lagi menjelang ketibaan Ramadan yang sangat dinanti-nantikan.