SELAMA — Seramai 100 pelajar tahfiz dan 60 asnaf sekitar daerah Selama diraikan dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak semalam.

Antaranya Maahad Tahfiz al-Yamani Sungai Bayor, Pondok Riyadussolihin dan Pusat Pengajian Tahfiz Nur as-Salam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, program tersebut diadakan bersempena Hari Bumi Sedunia 2022 selain menyambut Ramadan.

“Program CSR kali ini adalah kesinambungan program-program tahun lalu dalam bulan penuh keberkatan dan juga bersempena sambutan Hari Bumi Sedunia Peringkat Negeri Perak.

“Tahun ini ia melibatkan 28 anak yatim, 18 penghuni rumah orang-orang tua, 100 pelajar tahfiz dan 60 asnaf,” ujarnya.

Turut hadir Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Rosli Zul dan timbalannya, Abdul Aziz Paiman.

Pada program itu, para pelajar tahfiz menerima sumbangan pakaian raya dan duit raya sementara asnaf menerima bantuan barang makanan dan duit raya.

Kejayaan program CSR ini juga melibatkan kerjasama rakan-rakan dtrategik JAS Perak yang memberi bantuan tenaga dan sumbangan wang ringgit.

Antaranya Kenep Consultancy & Services Sdn Bhd., Eco Synergy Sdn Bhd., Perak Transit Sdn Bhd., Kitaran Recovery Sdn Bhd., Selekta Spektra Sdn Bhd. dan Malay-Sino Chemical Industries Sdn Bhd. serta individu-individu yang turut terlibat sama memberi sumbangan.

Melalui usaha sebegini diharap dapat mewujudkan jalinan kerjasama antara