Ipoh, 14 April 2020 - Ahli koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) layak membuat pinjaman sebanyak RM3000 dengan faedah serendah 2.5 peratus.

Kenyataan itu diumumkan oleh Pengerusi KAKIB, Khairul Anuar Mohd. Nor selepas Program Sumbangan Prihatin KAKIB di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) baru-baru ini. Beliau berkata , Pembiayaan Khas Covid 19 KAKIB itu merupakan inisiatif bagi meringan bebanan anggota yang memerlukan.

"Had maksima pinjaman ialah RM3000 pada kadar keuntungan 2.5%. Permohonan boleh dibuat bermula 15 April hingga 29 Mei 2020. 

"Borang boleh didapati dilaman web rasmi, www.kakib.my atau terus ke pejabat KAKIB. Permohonan dan kelulusn tertakluk juga  kepada terma dan syarat. Bayaran balik pembiayaan akan dibuat bermula September 2020.

"Selain itu kita juga sedang menunggu keputusan dari pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk membayar dividen awal. Sekiranya diluluskan kita akan memaklumkan kepada anggota-anggota KAKIB", katanya.

Khairul Anuar juga memaklumkan urusan perkidmatan Al-Rahnu KAKIB dibuka dua kali seminggu iaitu selasa dan khamis dari 8.30 pagi hingga 2.00 petang sepanjang perintah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlansung.

Pada masa yang sama Khairul Anuar turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas keseluruhanya bernilai RM10,000 kepada anggota-anggota KAKIB serta golongan yang memerlukan.

"Program Sumbangan Prihatin KAKIB  ini merupakan salah satu aktiviti CSR kami. Bantuan ini difokuskan kepada anggota-anggota KAKIB dan orang awam yang terkesan dengan penularan Covid-19 yang menular sekarang ini.

"Kami juga memberi sumbangan minuman dan 'hand sanitizer' kepada 'frontliner' di HRPB dan petugas-petugas Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sebagai tanda sokongan moral serta menghargai mereka yang berjuang memerangi covid 19", tambahnya.

Hadir sama majlis itu Bendahari KAKIB Mohd Zamal Abidin Wahid dan Pengurus KAKIB Safar Travel & Tour, Mohamed Jamaluddin.