Ipoh- Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin @ Md Daud mengucapkan tahniah dan syabas diatas kerjasama dan sambutan baik sepanjang tempoh aktiviti pengumpulan E-Waste pada bulan Mei lalu.

Katanya, aktiviti pengumpulan E-Waste di lima lokasi sekitar Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mencatat jumlah berat sebanyak 3.8 metrik tan pada 21-22 Mei 2022 dan sehingga 14 Mei 2022 sebanyak 29.5 Metrik tan telah dikumpul.

“Syabas dan tahniah kepada semua Ahli Majlis dan Jawatankuasa Perhubungan Penduduk (JPP) serta warga bandar raya yang telah menyertai aktiviti pengumpulan E-Waste pada bulan lalu.

“Pihak MBI mengharapkan momentum ini berterusan pada bulan Jun 2022 di lima buah lokasi kawasan parlimen yang telah diumumkan di semua media sosial dan portal MBI dan (Jabatan Alam Sekitar (JAS). Lokasi - lokasi tersebut telah mendapat kelulusan oleh pihak JAS.

“Waktu kutipan bermula 8.00 pagi - 1.00 petang setiap hari hari Sabtu dan Ahad minggu ke-3 setiap bulan sehingga 30 November 2022 . Untuk bulan Jun adalah pada 18/6/2022 (Sabtu) & 19/6/2022 ( Ahad)”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Orang ramai dialu-alukan membawa buangan E-Waste seperti laptop, komputer, telefon bimbit, peti sejuk, air-conditioner, mesin basuh dan lain-lain kelengkapan elektrik mahupun elektronik (tidak termasuk lampu terpakai dan bateri terpakai) untuk ditukarkan kepada wang tunai.

Setiap penyertaan berpeluang menyertai hadiah cabutan bertuah wang tunai berjumlah RM 10,000.00.

Untuk makluman, sekiranya ada peti sejuk / mesin basuh atau alat elektrik bersaiz besar, sila hubungi syarikat Edsha Solution Sdn. Bhd di talian 016-515 9253 / 05-365 4388 untuk diambil terus dari rumah.