MANJUNG - Lebih 300 peserta menyertai Program Fun Run Ride sempena Hari Bebas Kenderaan (Car Free Day) Majlis Perbandaran Manjung 2022 yang diadakan pada Sabtu dan Ahad lepas.

Program diadakan di pekarangan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohamed hadir merasmikan program berkenaan.

Bahagian Sukan, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial MPM memberitahu,
pelbagai acara menarik sepanjang program ini berlangsung.

Antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak, senamrobik komuniti, aerobikton, pertunjukan wayang pacak dan pertandingan karaoke.

"Pda hari Ahad diadakan pula acara Fun Run and Ride sejauh 5 kilometer (km) dan 10km anjuran Kelab Berbasikal Manjung dengan kerjasama MPM.

"Antara objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan ukhwah dalam kalangan warga perbandaran Manjung," ujar kenyataan itu.

Selain itu, ia juga bagi memupuk penjagaan kesihatan melalui aktiviti riadah dan pembudayaan amalan hidup sihat.

Turut hadir memeriah program ialah Orang Besar Jajahan Manjung, Toh Seri Bijaya Lt. Kol (B) Dato' Shaharudin Hj Nazari; ADUN Pangkor, Dato' Seri Diraja Dr Haji Zambry Abd Kadir dan
Yang Dipertua MPM, Syamsul Hazeman Md Salleh.

habis