IPOH - Proton Saga, nama cukup ikonik dalam industri automotif negara menyambut ulangtahun ke-37 sebagai kereta pertama negara pada 9 Julai lalu.

Pada tarikh tersebut atau lebih tepat 9 Julai 1985, perasmian kereta nasional ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada masa itu merupakan detik besar.

Ia juga menyaksikan lonjakan pencapaian Malaysia ke arah menjadi sebuah negara industri berat dengan membandingkan sektor automotif yang merupakan satu pengiktirafan hebat.

Warga merah Saga menjadi warna ikon kereta buatan Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) ini yang sinonim dengan namanya yang diinspirasikan daripada buah saga.

Langkah Perdana Menteri ketika itu mencetuskan idea pada pembangunan automotif bukanlah satu idea mudah.

Menerusi kerjasama dengan pihak Mitshubishi Motor dari Jepun, program kereta nasional dibangunkan dari kosong tanpa mempunyai kemahiran daripada anak tempatan.

Pembangunan Proton kemudian menjadi pencetus kepada kemajuan industri automotif negara apabila lahir syarikat-syarikat tempatan lain untuk membangunkan sektor sama.

Walaupun jenama Proton pernah terpalit dengan beberapa isu kualiti pada dekad lalu namun untuk memberi gambaran buruk pada jenama itu secara keseluruhan adalah tidak tepat.

Kemajuan Proton juga melahirkan ramai nama-nama besar dalam industri automotif tanah air kemudian yang pasti tidak akan berlaku jika tiada program kereta nasional.

Sehingga hari ini, Proton Saga generasi pertama juga masih dipandu megah di atas jalanraya
selain juga di luar negara.


INFO PROTON SAGA
- Nama diambil daripada peraduan ' Name the National Car Contest'
- SAGA adalah singkatan 'Safety, Achievement, Greatness, Ability
- Beberapa kali mengungguli pencapaian sebagai kereta terlaris negara pada dekad 80an hingga 90an
- Lebih 1.95 juta unit Proton Saga terjual sejak 1985
- Kereta Proton telah dieksport ke 28 buah negara