MANJUNG - Lebih 100 keluarga daripada kelompok B40 sekitar Lumut menerima bantuan kotak makanan sumbangan Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin minggu lalu.
Sumbangan ini bagi meriangkan beban para penerima khususnya dalam persediaan menyambut Aidiladha.
Ketua Srikandi Lumut, Norhaslinda Zakaria berkata, kotak makanan tersebut kemudian diagihkan kepada wakil-wakil untuk disampaikan kepada para penerima.
Menurut beliau, para penerima terdiri daripada ibu tunggal, keluarga yang kurang berkemampuan, warga emas dan pesakit kritikal.
"Senarai penerima dipilih oleh Pertubuhan Ibu Tunggal Parlimen Lumut, JPKK 4 Kampung di kawasan yg berdekatan, Barisan Pimpinan Srikandi dan Muslimat PAS Lumut.
"Tidak lupa juga kepada Puan Sue Drac Coffe Frappucino yang sudi meminjamkan lokasi untuk program penyerahan sumbangan," ujarnya ketika dihubungi.
Kesemua koyak makanan dapat diagihkan kepada penerima dalam masa tiga hari hasil kerjasama pihak-pihak yang terlibat.
"Saya ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada Ketua Gerakan Lumut, Dato Chiew Ning Beh; Ketua Pemuda Gerakan Perak, Ong Kean Sing; Ketua Muslimat Pas, Rohawati Abidin dan pasukannya.
"Penghargaan juga kepada Pengerusi Pertubuhan Ibu Tunggal Lumut, puan Zarina;
Barisan AJK Srikandi Lumut, Ketua Srikandi Cawangan dan JP