IPOH - Setiap kali terjadinya fenomena gerhana matahari, pastinya peluang melakukan ujikaji 'telur ayam berdiri' dapat dilakukan.

Di Perak gerhana matahari separa ini terjadi antara jam 2.42 petang hingga 4.56 petang tadi.

Menurut kenyataan saintis menerusi laman sesawang, kejadian telur ayam berdiri pada permukaan rata disebabkan kesan daripada kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan yang menyebabkan wujudnya tarikan graviti.

Dalam keadaan ini, putih telur tertarik ke bahagian atas telur manakala kuning telur yang sedikit berat berada di bahagian bawah sehingga mewujudkan keseimbangan pada telur.

Saintis berpendapat terdapat garis medan gravitasi antara matahari dan bumi yang mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadikan ia stabil, sekali gus membolehkannya berdiri tegak.

Secara ringkasnya, fenomena gerhana matahari separa berlaku ketika bulan hanya menutupi sebahagian permukaan matahari.

Umat Islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat gerhana matahari sama ada secara bersendirian atau berjemaah.