IPOH - Seramai 280 murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK) Simee di sini melakukan pemeriksaan mata di sekolah tersebut pada Jumaat lalu.
Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Dr. Richard Ng berkata, program tersebut turut melibatkan guru-guru.
"Saya terima jemputan ke program pemeriksaan mata anjuran Persatuan Kebajikan Amal Makmur yang diketuai Saudara Nachemutu Karappannan.
"Turut hadir Dato Jasvinder Dhillon serta pasukan saya dari Lions Club of Perak Silver State," ujarnyan menerusi hantaran pada laman Facebook.
Pemeriksaan mata melibatkan pelajar dan guru adalah dengan kerjasama Syarikat Vision.
Pelajar yang mengalami rabun mata akan dibekalkan cermin mata secara percuma.