MANJUNG - Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sedang mengadakan pembukaan Kaunter Promosi myMANJUNG dan Kutipan Bergerak MPM.

Pembukaan kaunter akan diadakan pada esok, 18 Ogos 2022 (Khamis), mulai pukul 7.30 pagi hingga 2 petang di Pasar Awam Kampung Koh.

Unit Korporat dan Perhubungan Awam MPM dalam kenyataan memaklumkan, pelbagai kemudahan urusan ditawarkan.

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah Pendaftaran myMANJUNG, semakan dan bayaran seperti cukai taksiran, bayaran sewaan dan bayaran kompaun.

Turut disediakan ialah khidmat
pembaharuan dan bayaran lesen perniagaan, penjualan kupon dan pelekat tempat letak kereta serta pengurangan kompaun 50 peratus.

Kepada warga setempat dan berdekatan, sila datang beramai-ramai untuk dapatkan perkhidmatan yang disediakan.

Kini segalanya lebih mudah apabila MPM datang kepada anda.