IPOH- Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengagihkan sebanyak 3,462 unit tong sampah (120 liter) secara percuma serentak di tujuh kawasan yang membabitkan kawasan-kawasan di bawah kelolaan Ahli Majlis MBI.

Pada masa yang sama, pelancaran program itu turut dilangsungkan di semua lokasi oleh setiap Ahli Majlis on-Zon berkenaan melalui Program Pembudayaan Amalan Penggunaan Tong Sampah di Kalangan Warga Ipoh.

Antara Ahli-Ahli Majlis yang terlibat mengikut zon masing-masing ialah Clr. Datuk Ahmad Hariri Kamarudin (Zon 16), Taman Temara melibatkan 523 unit rumah; Clr. Azmi Murad Mohamad Yusof (Zon 24), Taman Chandan Desa, 749 rumah; Clr. Abu Bakar Hussian (Zon 21), Taman Sri Perkasa, 434 rumah; Clr. En. Albert Ho Wai Mun (Zon 11), Taman Bercham Aman, 369 rumah; Clr. Norul Huda Ahmad (Zon 9), Taman Semarak / Taman Wangi, 244 rumah dan 6) Clr. Mohammad Sharif (Zon 3), Taman Chepor Damai, 23 rumah.

Sebanyak 12 pasukan serahan tong bersama 115 anggota dengan penggunaan 12 unit lori terbuka telah dikerahkan dari Jabatan Perkhidmatan Perbandaran. Penyerahan tong te;ah dilaksanakan pada 27 dan 28 Ogos 2022 (Sabtu dan Ahad).

Sementara itu, Ketua Whip Ahli Majlis, Clr. Datuk Mazlan Abd Rahman, akan mengagihkan sebanyak 820 tong sampah di Taman Chemor Mesra dan Seri Desa pada 29 dan 30 Ogos ini.

MBI mengingatkan warga kota agar menjadikan amalan penggunaan tong sampah sebagai budaya demi meningkatkan kualiti persekitaran sepertimana matlamat asal yang disasarkan Majlis Bandaraya Ipoh.