IPOH - Persatuan Kebajikan Sosial, Sukan dan Kebudayaan Kinta Ipoh telah menyumbangkan sebuah komputer dan pencetak kepada (Kelab Rekreasi India Buntong (IRC) di sini semalam.

Sumbangan itu bagi kegunaan operasi kelab berkenaan yang turut menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Majlis penyerahan disempurnakan Presiden Persatuan Kebajikan Sosial, Sukan dan Kebudayaan Kinta Ipoh, P.Yuvaraj kepada Pengerusi IRC, V. Sivananthan.

Selain itu turut menyerahkan sumbangan ialah pemilik syarikat Easy Computer, N.Devan.

Menurut Yuvaraj, sumbangan itu adalah sebahagian daripada usaha murni pihaknya untuk membantu IRC

“Kita memahami keperluan kelab untuk mendapatkan kemudahan seperti ini dan segera mempercepatkan sumbangan.

“Diharap bantuan ini dimanfaatkan sebaiknya khususnya warga IRC untuk kelancaran operasi harian,” katanya.

Turut hadir pada majlis penyerahan ini ialah Naib Pengerusi IRC, Saganadesan serta ahli-ahli Jawatankuasa IRC.

Sementara itu, Sivananthan berkata, kelab itu ditubuhkan sejak 70 tahun lalu dan sepanjang tempoh itu pelbagai aktiviti yang telah dijalankan untuk masyarakat India.

"Saya berterima kasih kepada Persatuan Kebajikan Sosial Sukan Dan Kebudayaan Kinta Ipoh atas sumbangan yang diberikan," ujarnya.