IPOH- Seramai 16 orang jelitawan seluruh Malaysia bakal berentap untuk muncul sebagai juara Miss Malaysia Tourism Pageant 2022 (MMTP2022) pada 23 September 2022 ini.

Presiden Miss Tourism International, Tan Sri Danny Ooi berkata pengajuran MMTP2022 selain mencungkil bakat baru dalam bidang pragawati ia juga mampu membantu mempromosikan produk pelancongan yang ada di negeri Perak.

“Kesemua peserta akhir akan bersaing untuk merebut tempat ke Miss Tourism International 2022 World Final yang akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 25 November 2022.

“Sementara menunggu malam pertandingan yang akan diadakan dewan utama MH Hotel Ipoh pada 23 September 2022 ini,  para peserta akan dibawa melawat ke beberapa produk pelancongan untuk mempromosikan kempen #TravelPerakLah antaranya Adeline Resort, Muzium Gopeng, Kellie’s Castle, The Kandu @ Tempurung Valley dan banyak lagi.

“Pada malam itu nanti, kita menggabungkan tiga gelaran utama iaitu  Miss Malaysia Tourism 2022, Miss Malaysia Tourism Queen of the Year 2022 dan Miss Malaysia Tourism Metropolitan 2022.

“Tiga pemenang teratas ini akan menerima hadiah wang tunai berjumlah lebih RM40,000”, ujarnya dalam sidang media Miss Malaysia Tourism Pageant 2022, di dewan utama MH Hotel di sini semalam.

Hadir sama, Presiden Persatuan Pelancongan Perak merangkap Penasihat MMTP2022, Dato' Mohd Odzman Abdul Kadir dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa.

Program julung kali ini yang disokong oleh Tourism Perak, dianjurkan oleh Adonia Media disamping penaja-penaja lain seperti Shake & Bake Cafe, MH Hotel Ipoh dan CHK Hair Academy.

Selain itu, para peserta juga terlibat dalam aktiviti amal dengan kerjasama Teduhan Kelana Perak dalam membantu gelandangan di sekitar bandar raya untuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR) “Miss Malaysia Tourism – Because We Care”.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai Makan Malam dan Pertandingan Akhir Glitz & Glamour bolehlah mendapatkan maklumat lanjut melalui Adonia Media: 012 520 5756 (Estee Pook), 016 551 1005 (May Chua), 012 599 7332 (Maggie Ong) atau 014 206 010 Clair Chong). - PERAKTASTIC-